Perpustakaan Desa Air Hitam merupakan Perpustakaan Desa yang pertama ditubuhkan di Negeri Sembilan pada tahun 1993. Perpustakaan ini membuka perkhidmatannya kepada pengguna pada 12 Julai 1993. Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) Air Hitam dan Komuniti Bestari Air Hitam dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program Kempen Membaca Perpustakaan Desa Air Hitam Tahun 2009 ini diadakan adalah untuk menarik minat semua pengguna datang ke perpustakaan. Melalui program ini dapat membuka minda dan memperbetulkan tanggapan mereka bahawa perpustakaan ini adalah untuk semua golongan. Program ini juga diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan buku dan pentingnya pembacaan dalam kehidupan harian.
RASIONAL
Melalui program akan dapat menambah keahlian di perpustakaan ini dan juga dapat membuka minda para pengguna bahawa di perpustakaan ini terdapat pelbagai bahan bacaan untuk kanak-kanak hinggalah dewasa.
OBJEKTIF
Membuka minda para pengguna bahawa perpustakaan adalah untuk semua golongan tidak mengira lapisan umur.
Memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan membaca dan dapat menggunakan segala bahan bacaan yang ada di perpustakaan.
Memberi pendedahan kepada mereka tentang pentingnya buku dalam kehidupan harian mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan