Mei 13, 2009
Program Galakan Kempen Membaca Tahun 2009 Ayer Hitam
Perpustakaan Desa Air Hitam merupakan Perpustakaan Desa yang pertama ditubuhkan di Negeri Sembilan pada tahun 1993. Perpustakaan ini membuka perkhidmatannya kepada pengguna pada 12 Julai 1993. Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) Air Hitam dan Komuniti Bestari Air Hitam dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program Kempen Membaca Perpustakaan Desa Air Hitam Tahun 2009 ini diadakan adalah untuk menarik minat semua pengguna datang ke perpustakaan. Melalui program ini dapat membuka minda dan memperbetulkan tanggapan mereka bahawa perpustakaan ini adalah untuk semua golongan. Program ini juga diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan buku dan pentingnya pembacaan dalam kehidupan harian.
RASIONAL
Melalui program akan dapat menambah keahlian di perpustakaan ini dan juga dapat membuka minda para pengguna bahawa di perpustakaan ini terdapat pelbagai bahan bacaan untuk kanak-kanak hinggalah dewasa.
OBJEKTIF
Membuka minda para pengguna bahawa perpustakaan adalah untuk semua golongan tidak mengira lapisan umur.
Memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan membaca dan dapat menggunakan segala bahan bacaan yang ada di perpustakaan.
Memberi pendedahan kepada mereka tentang pentingnya buku dalam kehidupan harian mereka.
April 02, 2009
Aktiviti Bulanan Perpustakaan Awan Desa Ayer Hitam
Pemenang permainan telefon karat kumpulan lelaki
Para pemenang pertandingan kuiz bebas
Permainan telefon karat Anjuran Perpustakaan Desa Ayer Hitam
April 01, 2009
Sambutan Maulidur Rasul
Dicatat oleh PPIK AYER HITAM di 11:30 PTG 0 ulasan
Label: Sambutan Maulidur Rasul
Mac 22, 2009
Gotong Royong Perpustakaan Desa Ayer Hitam


Program gotong royong ini adalah untuk membersihkan kawasan di Perpustakaan Desa Ayer Hitam agar dapat menarik minat pengguna untuk datang ke perpustakaan dan pengguna akan berasa selesa semasa berada di perpustakaan.Program ini juga mendapat kerjasama daripada kakitangan perpustakaan yang berhampiran dan juga Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Desa Ayer Hitam.
Februari 04, 2009
Projek Bicara Tani




PROJEK BICARA TANI KAMPUNG AYER HITAM 72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS OBJEKTIF
- Membuka peluang-peluang ekonomi kepada penduduk Kampung Ayer Hitam yang telah menjalankan projek-projek pertanian dan keusahawanan.
- Menggalakkan penduduk tempatan menyertai bidang keusahawanan dan pertanian serta perikanan.
- Memberi panduan kepada peserta-peserta tentang info-info berkaitan dengan pinjamn
CONTOH PINJAMAN YANG DIBERIKAN ADALAH
- Pinjaman Mara
- Pinjaman Tekun
- Pinjaman Agro Bank
Perikanan
•Ppik membantu saudara En.Baharom Bin Majid untuk membuat kertas kerja bagi membuat pinjaman kepada pihak Felda dan agro bank
•Buat permulaan beliau sudah menggali 1 buah kolam yang agak besar.
•Ppik juga membantu beliau mendapatkan informasi bagaimana hendak menternak ikan jenis ini melalui internet
•Juga mencari informasi dalam internet di manakah beliau boleh mendapatkan benih anak ikan tersebut.
Februari 02, 2009
Taklimat Penggunaan Internet
Tekun para penduduk kampung Ayer Hitam mendengar taklimat berkaitan Jom Internet
Langgan:
Catatan (Atom)


