? ??????????????Trees? ????? ?????? ???Rating: 3.9 (41 Ratings)??5 Grabs Today. 7526 Total Grabs. ??????Ge
t the Code?? ?? ?????Scotland Isle? ????? ?????? ???Rating: 4.0 (10 Ratings)??4 Grabs Today. 897 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Spooky Tree? ????? ?????? ???Rating: 3.7 (22 Ratings)? CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

September 02, 2009

Bengkel Kraf Tangan

BENGKEL KRAF TANGAN ANJURAN PERPUSTAKAAN DESA AYER HITAM Yang terdiri daripada golongan
  • Ibu tunggal
  • wanita
  • Dewasa

Ogos 19, 2009

Aktiviti Senaman Poco-poco Aerobik

PENGENALAN Program Senam Aerobic dan Poco-poco ini diadakan adalah untuk menarik minat golongan dewasa untuk datang ke perpustakaan dan dengan menyertai program ini juga para peserta dapat menjaga kesihatan tubuh badan. Dengan adanya program ini juga dapat memberitahu kepada mereka di perpustakaan ini juga terdapat buku-buku kesihatan dan senaman yang boleh menjadi rujukan mereka.

RASIONAL
Program ini dapat menarik minat peserta untuk datang ke Perpustakaan dan Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti kerana di Perpustakaan terdapat pelbagai perkara menarik boleh dilakukan selain daripada membaca buku sahaja.
OBJEKTIF
Menarik minat para peserta untuk menjaga kesihatan dan mencari info-info kesihatan dalam intenet melakukan senaman setiap hari.Mereka juga boleh mencari buku-buku mengenai kesihatan dan senaman yang terdapat diperpustakaan ini.Oleh yang demikian dapat menarik para peserta untuk datang ke perpustakaan.

Jun 05, 2009

Antara Aktiviti Yang Dijalankan Di Perpustakaan Desa Ayer Hitam

Pertandingan Syarahan Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Hitam
Antara Pertandingan pazzel kanak-kanak Tabika Ayer hitam
Pentandingan Bercerita Kanak-kanak Sekolah Rendah Ayer Hitam

Mei 20, 2009

Galakan Kempen Membaca

Majlis Perasmian dan penyampaian hadiah oleh :
YB.DATO' ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD
(AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN LUI)

Mei 13, 2009

Program Galakan Kempen Membaca Tahun 2009 Ayer Hitam

PENGENALAN

Perpustakaan Desa Air Hitam merupakan Perpustakaan Desa yang pertama ditubuhkan di Negeri Sembilan pada tahun 1993. Perpustakaan ini membuka perkhidmatannya kepada pengguna pada 12 Julai 1993. Perpustakaan ini terletak bersebelahan dengan Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti (PPIK) Air Hitam dan Komuniti Bestari Air Hitam dan berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Program Kempen Membaca Perpustakaan Desa Air Hitam Tahun 2009 ini diadakan adalah untuk menarik minat semua pengguna datang ke perpustakaan. Melalui program ini dapat membuka minda dan memperbetulkan tanggapan mereka bahawa perpustakaan ini adalah untuk semua golongan. Program ini juga diadakan adalah untuk memupuk semangat cintakan buku dan pentingnya pembacaan dalam kehidupan harian.
RASIONAL Melalui program akan dapat menambah keahlian di perpustakaan ini dan juga dapat membuka minda para pengguna bahawa di perpustakaan ini terdapat pelbagai bahan bacaan untuk kanak-kanak hinggalah dewasa.
OBJEKTIF Membuka minda para pengguna bahawa perpustakaan adalah untuk semua golongan tidak mengira lapisan umur. Memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan membaca dan dapat menggunakan segala bahan bacaan yang ada di perpustakaan. Memberi pendedahan kepada mereka tentang pentingnya buku dalam kehidupan harian mereka.

April 02, 2009

Aktiviti Bulanan Perpustakaan Awan Desa Ayer Hitam

Pemenang permainan telefon karat kumpulan lelaki
Para pemenang pertandingan kuiz bebas
Permainan telefon karat Anjuran Perpustakaan Desa Ayer Hitam
Pertandingan kuiz kanak-kanak

April 01, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul Penduduk Taman Ayer Hitam Sepakat Membawa Berkat.Salah satu aktiviti untuk menyatukan silaturahim sesama keluarga .Majlis dimulakan selepas solat maghrib dimulai dengan bacaan selawat ke atas nabi beramai-ramai dan di ikuti dengan ceramah Maulidur Rasul yang di sampaikan oleh
Ustaz Zaini Bin Yahaya dari Kem PLKN De Bana

Mac 22, 2009

Gotong Royong Perpustakaan Desa Ayer Hitam

Program gotong royong ini adalah untuk membersihkan kawasan di Perpustakaan Desa Ayer Hitam agar dapat menarik minat pengguna untuk datang ke perpustakaan dan pengguna akan berasa selesa semasa berada di perpustakaan.Program ini juga mendapat kerjasama daripada kakitangan perpustakaan yang berhampiran dan juga Ahli Jawatankuasa Perpustakaan Desa Ayer Hitam.

Februari 04, 2009

Projek Bicara Tani

PROJEK BICARA TANI KAMPUNG AYER HITAM 72120 BANDAR SERI JEMPOL NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

OBJEKTIF

  • Membuka peluang-peluang ekonomi kepada penduduk Kampung Ayer Hitam yang telah menjalankan projek-projek pertanian dan keusahawanan.
  • Menggalakkan penduduk tempatan menyertai bidang keusahawanan dan pertanian serta perikanan.
  • Memberi panduan kepada peserta-peserta tentang info-info berkaitan dengan pinjamn

CONTOH PINJAMAN YANG DIBERIKAN ADALAH

  • Pinjaman Mara
  • Pinjaman Tekun
  • Pinjaman Agro Bank

Perikanan

Antara Gambar Projek Perikanan Yang Telah di Usahakan
Ppik membantu saudara En.Baharom Bin Majid untuk membuat kertas kerja bagi membuat pinjaman kepada pihak Felda dan agro bank •Buat permulaan beliau sudah menggali 1 buah kolam yang agak besar. •Ppik juga membantu beliau mendapatkan informasi bagaimana hendak menternak ikan jenis ini melalui internet •Juga mencari informasi dalam internet di manakah beliau boleh mendapatkan benih anak ikan tersebut.

Februari 02, 2009

Taklimat Penggunaan Internet

Tekun para penduduk kampung Ayer Hitam mendengar taklimat berkaitan Jom Internet

Januari 28, 2009

Aktiviti Kampung Ayer Hitam

Semasa mendengar ceramah kesihatan Oleh Dr..Syarifah Alawiyah Binti Azlan

Januari 04, 2009

Kem Reakerasi Hutan Lipur de Bana

Hutan Lipur de Bana terletak dalam kawasan Lui menghala ke arah Bandar Triang Pahang.Hutan ini mendapat nama dari sungai yang dikenali dengan sungai Bana.Hutan Lipur Debana merupakan satu destinasi pelancongan yang menarik kerana terdapat kawasan air terjun yang cantik di samping itu,keindahan semula jadi yang cantik dan udara yang nyaman.Selain itu ia kaya dengan pelbagai sepsis flora dan fauna seperti orkid.Selain itu,tempat ini juga sesuai untuk aktiviti lasak.Kini hutan Lipur de Bana di pilih untuk dijadikan salah satu daripada Kem Program Khidmat Negara yang di anjurkan oleh Kementerian Pertahanan.

Kawasan Riadah

Taman Permainan kanak-kanak ini merupakan tempar riadah dimana tempat ini digunakan untuk beristirehat bersama keluarga setelah penat bekerja.Tempat ini juga digunakan oleh kanak-kanak untuk mengisi masa lapang bersama-sama rakan mereka.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
Kampung Baru Ayer Hitam
72120 Bandar Seri Jempol
Negeri Sembilan Darul Khusus
013-2593833 (Pn.Hamidah)
019-6199777 (Pn.Junaidah Mad Isa)